Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .

  Rawatan Khusus
Rawatan Khusus

Perubatan Kosmetologi

Hospital gabungan Universiti Perubatan Taipei terletak di kawasan yang paling maju, iaitu Daerah Komersial Xinyi Taipei 101. Kami berpegang kepada prinsip “Demi penjagaan kesihatan kulit, kosmetologi perubatan haruslah semulajadi”. Pakar-pakar dermatologi kami yang telah mengambil kursus kosmetologi di luar negara terus berusaha memperkenalkan pelbagai teknologi seperti terapi sinar laser tercanggih, teknologi pembentukan wajah bukan-invasif dan ubat suntikan pembedahan kosmetologi mikro berkualiti yang berasal dari kilang Eropah dan Amerika Syarikat. Selain itu, kemahiran kami dalam bidang perubatan kosmetologi termasuk pencerahan dan penyingkiran bintik-bintik hitam, penyingkiran kedutan, pembentukan wajah, pengurangan kedutan dan pembentukan wajah, penyingkiran parut, bulu, penjagaan kulit dan sebagainya, turut mendapat pengiktirafan. Pasukan pakar pembedahan plastik juga menyediakan pelbagai jenis pembedahan plastik. Mulai saat anda bersedia untuk menjadi cantik, sila kunjungi ke Pusat Perubatan Kosmetologi di Hospital gabungan Universiti Perubatan Taipei yang moden dan elegan. Seluruh pasukan perubatan di Pusat Perubatan Komestologi kami bersedia mendengar keperluan anda dengan teliti dan seterusnya merancang pelan kecantikan khas milik anda.

Pakar perubatan

Taipei Medical University Hospital

張宜菁 I-Jing Chang

Pengenalan pengalaman pakar

Penerangan Perubatan Khusus

Hospital gabungan Universiti Perubatan Taipei terletak di kawasan yang paling maju, iaitu Daerah Komersial Xinyi Taipei 101. Dengan berpegang kepada prinsip “Demi penjagaan kesihatan kulit, kosmetologi perubatan haruslah semulajadi”, kami membantu kaum Cina seluruh dunia dan orang ramai dari Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, negara-negara Asia dan sebagainya setiap tahun untuk mengembalikan sinaran dan kecantikan kulit mereka.

Kami mempunyai pakar dermatologi yang telah mengikuti kursus kosmetologi di luar negara, dan kami juga terus berusaha membawa masuk terapi sinar laser yang paling canggih, teknologi pengangkatan wajah non-invasif, bertegas mengguna pakai ubat suntikan pembedahan kosmetologi mikro bermutu yang berasal dari kilang asal Eropah dan Amerika Syarikat. Selain itu, kemahiran kami dalam bidang perubatan kosmetologi termasuk pencerahan kulit dan penyingkiran bintik-bintik hitam, penyingkiran kerut, pembentukan wajah, pengurangan kedutan dan pembentukan wajah, penyingkiran parut, dan sebagainya, turut mendapat pengiktirafan.

Pasukan pakar pembedahan kosmetik kami juga menyediakan perkhidmatan pembedahan sedut lemak, pembinaan semula payudara, pembedahan kelopak mata, pembedahan plastik dan perkhidmatan lain-lain. Mulai saat anda bersedia untuk menjadi cantik, seluruh pasukan perubatan di pusat kami bersedia mendengar keperluan anda dengan teliti dan seterusnya merancang pelan kecantikan khas milik anda. Kami mementingkan keselesaan anda sepanjang proses rawatan, maka kami telah menyediakan persekitaran yang moden dan elegan, dari penanggalan solekan sehingga penjagaan selepas pembedahan, jurusolek kami yang profesional dan mesra akan membantu doktor menjaga keperluan anda sepanjang proses.
置頂