Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .

  Pertanyaan lazim

Pertanyaan lazim

SApakah identiti yang diperlukan untuk mengguna perkhidmatan perubatan antarabangsa? Bolehkah warganegara tempatan (Taiwan) mengguna perkhidmatan ini?

J

Sesiapa yang memiliki pasport bukan Republik China serta tidak menggunakan insurans kesihatan Taiwan, boleh menggunakan perkhidmatan pusat perubatan kami. Perkhidmatan ini khas disediakan untuk pesakit luar negara. Sekiranya penduduk tempatan memerlukan rawatan perubatan, sila rujuk laman sesawang Hospital Gabungan UPT.

SApakah perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh Pusat Perubatan Antarabangsa?

J

Pusat perubatan kami menyediakan perkhidmatan janji temu yang paling mudah dan paling pantas, perkhidmatan perubatan kualiti terbaik serta pasukan perubatan yang paling profesional. Pegawai khas antarabangsa kami akan merancang jadual pakej perubatan peribadi pesakit, termasuk perundingan perubatan, perundingan video, pelan perubatan, pengaturan kemasukan hospital, dan perkhidmatan penterjemahan perubatan eksklusif, serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan, penginapan, persiaran, visa kemasukan dan maklumat lain yang diperlukan kepada pesakit dan rakan saudara setiba di Taiwan.

SDi manakah boleh bertanya tentang nasihat perubatan serta prosedur perubatan pesakit antarabangsa? Bagaimana membuat janji temu untuk perkhidmatan perubatan antarabangsa?

J

Sila rujuk nasihat perubatan serta prosedur perubatan dalam laman sesawang ini terlebih dahulu. Sekiranya memerlukan janji temu untuk perkhidmatan perundingan, sila isi borang janji temu perundingan terlebih dahulu dan pegawai khas kami akan akan berkhidmat untuk anda.

SBagaimana lawatan penukaran antarabangsa atau latihan pegawai perubatan dilaksanakan? Bolehkah saya membuat janji temu?

J

Setiap fakulti Sistem Perubatan Universiti Perubatan Taipei mempunyai ciri-ciri keistimewaan dan kecemerlangan masing-masing yang berbeza. Sekiranya anda berminat dengan sebarang projek, ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau datang untuk membuat lawatan lapangan terhadap persekitaran dan sebagainya, ataupun pegawai perubatan profesional ingin membuat pembelajaran lebih banyak tentang sistem kami, dialu-alukan untuk merujuk kepada Penerangan Perkhidmatan di laman web ini, dan mengisi borang janji temu interaksi profesional, anda akan dilayani pegawai khas.

SSiapakah sasaran perkhidmatan rujukan pesakit antarabangsa?

J

Rujukan pesakit antarabangsa ialah perkhidmatan untuk pegawai perubatan profesional atau institut perubatan dan sebagainya. Untuk kes yang memerlukan pertukaran pendapat, perundingan atau perbincangan profesional, atau terdapat keadaan yang perlu dirujuk ke Sistem Perubatan Universiti Perubatan Taipei untuk melaksanakan operasi atau rawatan khas, boleh rujuk kepada keterangan perkhidmatan di laman web ini. Sekiranya memerlukan perkhidmatan berkaitan, sila isi borang perundingan profesional terlebih dahulu, anda akan dilayan oleh pegawai khas.

置頂