Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .

  Pertukaran Profesional

Pertukaran Profesional

Pemohonan Janji Temu

這是一張圖

Pusat kami akan mengaturkan pelbagai lawatan pertukaran dan kursus latihan pegawai perubatan untuk anda berdasarkan keperluan anda di Sistem Perubatan Universtiti Perubatan Taipei.
Sila isi dan menyatakan keperluan anda di Borang Janji Temu Perundingan Profesional, pusat kami akan menugaskan seorang pegawai khas untuk mengenal pasti keperluan janji temu dengan anda dan membuat pengaturan seterusnya.

Prosedur Pemohonan

Langkah 1

Mengemukakan Pemohonan

  • 這是一張圖

    Lawatan pertukaran antarabangsa

    Sila kemukakan pemohonan sebulan sebelum tarikh lawatan

  • 這是一張圖

    Latihan pegawai perubatan

    (1) Jangka pendek (untuk kursus yang bertempoh tidak lebih daripada 3 bulan), sila kemukakan pemohonan 2 bulan sebelum tarikh kursus bermula.
    (2) Jangka panjang (untuk kursus yang bertempoh melebihi 3 bulan), sila kemukakan pemohonan 4 bulan sebelum tarikh kursus bermula.

Contoh

Jenis Tarikh pertukaran/Kursus Megemukakan pemohonan
Lawatan pertukaran antarabangsa 1 Oktober 2020 - 7 Oktober 2020 Sebelum 1 September 2020.
Latihan Pegawai Perubatan (Jangka Pendek) 1 Oktober 2020 - 31 Oktober 2020 Sebelum 1 Ogos 2020
Latihan Pegawai Perubatan (Jangka Panjang) 1 Oktober 2020 - 31 Januari 2020 Sebelum 1 Jun 2020
Langkah 2

Pengesahan Janji Temu

Untuk memastikan keperluan anda dipenuhi, pegawai khas akan membuat pengesahan selanjutnya tentang maklumat yang berkaitan, termasuk tujuan lawatan, waktu lawatan, senarai nama pelawat, jenis kursus atau jabatan dan sebagainya, serta akan meminta maklumat tambahan daripada anda sekiranya perlu.

Langkah 3

Jadual Perjalanan dan Kos

Setelah mengesahkan perkara yang berkaitan, pegawai khas akan bersama pasukan perubatan klinikal akan meyelaras dan merancang kursus pengajian serta jadual pertukaran, dan selanjutnya kos yang berkenaan akan dimaklumkan. Sebelum langkah seterusnya, anda perlu membayar sebahagian deposit dan yuran pentadbiran.

Langkah 4

Pembayaran Deposit dan Yuran pentadbiran, Menjalani Lawatan Pertukaran dan Kursus

Setelah menerima deposit dan yuran pentadbiran, sekiranya ada prosedur pentadbiran (seperti pemohonan kemasukan ke Taiwan) , pegawai khas anda akan membantu menguruskannya, dan seterusnya anda hanya perlu menantikan tarikh lawatan penanda aras yang dijadualkan.

Langkah 5

Keperluan Lain atau Perubahan Jadual Perjalanan

Sekiranya anda mempunyai sebarang keperluan, sila maklumkan terus kepada pegawai khas, pihak kami akan berusaha membuat pengaturan untuk anda.
Sekiranya berlaku apa-apa keadaan kecemasan atau keadaan yang khas menyebabkan jadual perjalanan anda perlu dibatalkan atau ditunda, anda perlu memaklumkan kepada pihak kami selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh lawatan atau tarikh kursus bermula. Jadual perjalanan hanya boleh diubah sekali sahaja.

※ Perhatian: Semua butiran (termasuk deposit, yuran pentadbiran dan baki pembayaran, sistem pembayaran balik dan sebagainya) perlu menurut kenyataan yang dikemukakan oleh pegawai khas anda.

置頂