Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .

  Pertukaran Profesional

Pertukaran Profesional

這是一張圖

Lawatan Pertukaran dan Latihan Kakitangan Perubatan

Sistem Perubatan Universiti Perubatan Taipei mengintegrasikan sumber klinikal dan fakulti akademik universiti.Melalui pasukan perubatan dan pasukan pentadbiran yang kuat, kami mempromosikan pertukaran idea dalam bidang akademik dan teknologi perubatan secara antarabangsa dan menerima kedatangan pegawai dari luar negara dan hospital lain untuk menjalani pemerhatian, latihan praktikal. Kami juga menyediakan lokasi pengajaran dan latihan yang terbaik untuk pegawai perubatan untuk mempromosikan teknologi perubatan dan kemesraan Taiwan ke pentas antarabangsa serta meningkatkan pendedahan Hospital Gabungan Universiti Perubatan Taipei di peringkat antarabangsa.

Pasukan klinikal telah sama-sama menyelidik dan merangka kursus latihan dan kajian yang padat, untuk menonjolkan kekuatan Sistem Perubatan Universiti Perubatan Taipei dalam bidang perubatan kesihatan. Sasaran pembelajaran, serta bantuan kehidupan serta apa-apa kesulitan yang dihadapi juga disediakan kepada para pelajar sepanjang proses pembelajaran. Pihak hospital turut membekalkan kursus yang paling sesuai untuk pelajar, untuk menggalakkan pelatih antarabangsa mencapai hasil pembelajaran yang terbaik. Dengan itu, mereka dapat memainkan peranan aktif untuk berkongsi hasil latihan dan pembelajaran setelah kembali ke negara asal, dan seterusnya membaiki keadaan perubatan dan kesihatan di negara asal secara beransur-ansur.

Selain daripada lawatan pertukaran, Sistem Perubatan Universiti Perubatan Taipei juga menganjurkan program latihan untuk pegawai perubatan dari pelbagai negara setiap tahun, termasuk negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan dalam program perubatan antarabangsa, pegawai perubatan yang berasal dari negara yang rapat dengan Taiwan. Bukan itu sahaja, sistem ini juga menguruskan perihal latihan kerjasama antara pasukan perubatan klinikal dan institusi antarabangsa.

這是一張圖

Doktor Pakar dalam Sistem Perubatan Universiti Perubatan Taipei

Semua doktor dari Sistem Perubatan Universiti Perubatan Taipei mempunyai pengalaman dan kepakaran yang cemerlang. Sila rujuk halaman berkaitan dengan maklumat doktor pakar, dan mengemukakan keperluan dan kandungan perundingan anda di Senarai Perundingan Profesional. Pusat kami akan mengaturkan perkhidmatan perundingan ataupun rujukan pesakit berdasarkan kandungan perundingan yang disenaraikan.

這是一張圖

Rujukan Pesakit Antarabangsa

Pada masa yang sama, pusat kami juga menghulurkan bantuan dalam hal rujukan pesakit antarabangsa ke Sistem Perubatan Universiti Perubatan Taipei dan menyediakan perkhidmatan rujukan pesakit dan temu janji. 

Lawatan Pertukaran dan Latihan Kakitangan Perubatan

Lawatan pertukaran antarabangsa

Berdasarkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan pengurusan hospital, ciri-ciri pengurusan, promosi kesihatan, praktikal insurans kesihatan dan lain-lain, pusat ini menganjurkan seminar tentang pengenalan hospital dan perbincangan interaksi tematik, perundingan kerjasama serta pengaturan lawatan lapangan ke hospital-hospital kami.

  • Perubatan Pintar
  • Perubatan Antarabangsa
  • Unit Latihan Klinikal
  • Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit
  • Praktikal Insurans Perubatan dan Kesihatan
  • Pengalaman Penilaian
  • Kualiti Perubatan
  • Promosi Kesihatan
  • Pengurusan Hospital
  • Pengurusan Pembelian Ubat-ubatan
這是一張圖
這是一張圖
這是一張圖

Latihan pegawai perubatan

Merancang dan membuat penyesuaian kursus berdasarkan keperluan, mengaturkan latihan klinikal, pengajaran simulasi perubatan, atau demostrasi pengoperasian wad dan lain-lain kepada pengawai perubatan serta penyelia kanan.

  • Hospital Taipei Medical University
  • Pengurusan hospital berkaitan

    Pengurusan pretasi hospital

    Kualiti hospital dan keselamatan pesakit

    Pengurusan risiko dan pengendalian pertikaian perubatan

    Pengurusan penggunaan ubat

    Perkhidmatan kecemasan, klinik dan kemasukan hospital

    Pendidikan kemanusiaan dan etika perubatan

    Pengurusan kawalan jangkitan nosokomial

    Pengurusan fasiliti dan persekitaran hospital 

    Sumber manusia

    Pengurusan dan aplikasi maklumat perubatan

    Unit Pembelajaran

  • Hospital Wan Fang
  • Pengurusan hospital berkaitan

    Pengurusan hospital

    Pengurusan kualiti

    Pengurusan kejururawatan

    Pengurusan perubatan

    Kaunseling penilaian

    Perubatan kecerdasan buatan

    Pertukaran teknologi klinikal

    Amalan pengurusan perubatan

  • Hospital Shuang Ho
  • Pengurusan hospital berkaitan

    Keselamatan pesakit

    Kualiti perubatan

    Pengurusan jangkitan hospital

    Pengurusan risiko hospital

    Perancangan pengurusan kakitangan kejururawatan dan penilaian prestasi

    Pencegahan tertusuk jarum

    Pasukan perubatan TRM

    Sistem rujukan perubatan komuniti

    Latihan penilaian JCI

    Pengurusan keselamatan hospital

    Pengurusan proses klinik dan kecemasan

    Ketenangan/Penjagaan kerohanian

    Latihan susulan klinikal kejururawatan/perubatan

    Pembelajaran Lengan Robotik ROSA

    Pembelajaran MRgFUS

  • Rawatan Khas: Sila rujuk halaman pengenalan Rawatan Khas di laman web ini
  • Objek Latihan: Doktor, kakitangan kejururawatan, kakitangan perubatan, kakitangan pentadbiran
  • Tempoh Latihan: Berasaskan permintaan
  • Kaedah Latihan: Bersemuka atau dalam talian
  • Pengaturan dan kos bagi kursus dan latihan tersebut akan berasaskan jenis, pangkat, dan pengalaman para pelajar.
這是一張圖
這是一張圖
這是一張圖
置頂