Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .
Terdapat banyak lokasi tarikan popular yang mesti dikunjungi di bahagian utara Taiwan. Sekiranya anda ingin menikmati pemandangan indah bahagian utara Taiwan bersama rakan saudara anda di samping menerima perkhidmatan dari pusat perubatan kami, kami boleh membekalkan maklumat mengenai pengangkutan, penginapan, jadual perjalanan dan sebagainya. Jika anda memerlukan sebarang penempahan, anda boleh meminta bantuan melalui pusat perubatan kami, dan pegawai khas kami akan menghulurkan bantuan kepada anda.
Taman Beitou terbuka kepada umum pada bulan Disember 1999. Selain mandian air panas terbuka, terdapat juga perpustakaan Beitou yang menggabungkan unsur kehijauan dengan unsur alam semula jadi. Anda boleh meredami diri dalam spa yang mengabungkan gaya Jepun dan gaya Taipei yang istimewa dengan suasana yang tenang, malah juga dapat memilih Hotel Spa yang digemari di sekeliling untuk didiami bagi menikmati keistimewaan spa di Taipei
Foto by familyfriends754
Taman Negara Yangmingshan merupakan tempat tersembunyi yang paling dekat dengan pusat bandar Taipei. Berjalan-jalan di sini bukan sahaja dapat menyerap fitonutida semula jadi, malah jam bunga yang terkenal turut menjadi tarikan pelancong untuk menikmatinya. Gunung Yangming sesuai dikunjungi pada setiap musim, setiap musim mempunyai keseronokan yang berbeza. Terdapat banyak lokasi pemandangan malam Taipei yang terkenal di Gunung Yangming, dan di sini juga merupakan tempat romantis yang paling gemar dikunjungi oleh pasangan kekasih ketika berpacaran.
Photo by Paul Chan
Kuil Longshan terletak di kawasan Wanhua yang mempunyai ciri-ciri paling tradisional di Taipei, dan merupakan tempat bersejarah yang diwartakan oleh negara. Pelbagai perayaan dan pesta akan diadakan secara berkala setiap tahun, suasana meriah kuil dapat dirasai bila-bila masa berkunjung ke situ. Selain menikmati kuil-kuil Taiwan dan seni bina Taiwan yang istimewa, pasar malam di sekitarnya juga menyediakan pelbagai makanan tempatan yang enak, yang merupakan salah satu lokasi yang menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia.
Foto by Joe Wu
Maokong Gondola bermula di Zoo Taipei, merangkumi 4 stesen, termasuk "Stesen Zoo", "Stesen dalam Zoo", “Stesen Kuil Zhinan" dan "Stesen Maokong". Perjalanan sehala mengambil masa lebih kurang 20 minit. Apabila datang ke sini, anda boleh mengatur jadual perjalanan sehari suntuk, mengunjungi zoo dan melawat ke taman pendidikan dan penghiburan pada waktu siang, dan berkunjung ke Gunung Maokong untuk menikmati teh Wenshan Baozhong yang terkenal di Taipei pada waktu malam, sambil menikmati pemandangan indah Lembangan Taipei dan merasai kehidupan orang Taipei yang santai.
Foto by Kelvin Lin