Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .

  Tentang Kami

Tentang Kami

這是一張圖

Universiti Perubatan Taipei (UPT) ditubuhkan pada tahun 1960. Dalam masa setengah abad ini, UPT telah berkembang menjadi universiti perubatan kelas pertama yang memiliki sebelas buah kolej dan enam buah subhospital. Berasaskan konsep perkembangan pedidikan, penyelidikan, kerjasama antara industri dengan universiti, sistem pendidikan perubatan bersepadu, UPT juga pergabungan pakatan strategik dalam negara dan luar negara, penyelidikan transformasi, dan pemupukan pemimpin dalam pelbagai bidang.

UPT merupakan sebuah universiti penyelidikan yang berasaskan pendidikan perubatan dan mengaplikasikan bioperubatan klinikal. Tahun-tahun kebelakangan ini, UPT yang memiliki lebih daripada 20 pusat penyelidikan utama melingkungi kecederaan otak traumatik, perubatan regeneratif, transformasi kanser, perubatan pembiakan, bahan bioperubatan dan lain-lain lagi, berfokus kepada perkembangan penyelidikan khusus dan penyelidikan perubatan.  Selain bekerjasama dengan Institut penyelidikan Kesihatan Negara dan Academia Sinica dalam pelbagai rancangan projek, UPT juga bekerjasama dengan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat dan lebih daripada 10 buah organisasi antarabangsa yang lain untuk tujuan penyelidikan. UPT berturusan mencipta momentum dari bidang penyelidikan asas sehingga perkembangan transformasi dan perindustrian kinikal, meningkatan keberkesanan integrasi industri-universiti secara menyeluruh, serta menonjolkan kemampuan inovif UPT.

Mengakses Laman 這是一張圖
這是一張圖
這是一張圖

Sistem Perubatan Universiti Perubatan Taipei

Sistem Perubatan UPT bermatlamat menyediakan perawatan kesihatan yang berprinsipkan “Rawatan Berpusatkan Pesakit”. Dengan itu, enam buah hospital termasuk Universti Perubatan Taipei, Hospital Wanfang, Hospital Shuanghe, Hospital Hsin Kuo Min, Pusat Kanser Taipei serta Pusat Neuromedik Taipei bergabung dengan universiti perubatan berprestij dalam negara dan menjadi satu daripada sistem perubatan antarabangsa terbesar di utara Taiwan.

Skala keseluruhan Sistem Perubatan UPT melebihi 3,000 buah katil pesakit dan memiliki ramai pakar dan profesional perubatan yang berusaha untuk memenuhi keperluan perubatan orang ramai dari dalam dan luar negara.

UPT bersama Hospital Pautan Universiti Perubatan Taipei, Hospital Wanfang Taipei dan Hospital Shuanghe Kementerian Kesihatan dan Kebajikan (Satu-universiti-tiga-hospital) telah memperoleh Anugerah Kualiti Kebangsaan. Hospital pautan di bawahnya iaitu Hospital Wanfang dan Hospital Shuanghe juga berturut-turut menerima perakuan daripada Penilaian Hospital Antarabangsa JCI. Dengan itu, Sistem Perubatan UPT menjadi pilihan pertama bagi pesakit perubatan antarabangsa ketika mereka datang ke Taiwan untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Setiap tahun, ada lebih daripada sejuta pesakit dari Eropah, Amerika Syarikat, Asia dan negara-negara lain mendapatkan rawatan perubatan di Sistem Perubatan Taiwan utara. Kami menawarkan rawatan perubatan yang selamat dan berkualiti tinggi, serta persekitaran dan perkhidmatan perubatan yang selesa. Ciri ini telah menerima penghargaan tinggi daripada pesakit di dalam dan luar negara.

Hospital Pautan

Taipei Medical University Hospital
Taipei Medical University Hospital

Taipei Medical University Hospital

Alamat:No. 252, Wuxing St, Xinyi District, Taipei City, 110

Pusat Panggilan:+886-2-27372181

https://english.tmuh.org.tw/

Taipei Municipal Wanfang Hospital
Taipei Municipal Wanfang Hospital

Taipei Municipal Wanfang Hospital

Alamat:No.111, Sec. 3, Xinglong Rd., Wenshan Dist., Taipei City, 116

Pusat Panggilan:+886-2-29307930

http://www.taiwanhealthcare.com/

Shuang Ho Hospital
Shuang Ho Hospital

Shuang Ho Hospital

Alamat:No.291, Zhongzheng Rd., Zhonghe District, New Taipei City, 23561

Pusat Panggilan:+886-2-22490088

https://shh.tmu.edu.tw/indexEng.aspx

Hsin Kuo Min Hospital
Hsin Kuo Min Hospital

Hsin Kuo Min Hospital

Alamat:No. 152, Fuxing Rd., Zhongli Dist., Taoyuan City, 320

Pusat Panggilan:+886-3-4225180

http://www.skmh.com.tw

Taipei Cancer Center
Taipei Cancer Center

Taipei Cancer Center

Alamat:No. 252, Wuxing St, Xinyi District, Taipei City, 110

Pusat Panggilan:+886-2-66369060

https://www.cancertaipei.tw/?lang=en

Taipei Neuroscience Institute
Taipei Neuroscience Institute

Taipei Neuroscience Institute

Alamat:No.291, Zhongzheng Rd., Zhonghe District, New Taipei City, 23561

Pusat Panggilan:+886-2-22490088 Ext. 2291

https://www.taipeineuro.org.tw

置頂