Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .

  Rawatan Khusus
Rawatan Khusus

Pembedahan Katarak Laser Femtosecond

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pesakit katarak semakin bertambah disebabkan penuaan penduduk. "Pembedahan Phaco Emulsifikasi Ultrasonik tanpa jahitan dan tanpa rasa sakit" yang pertama dilaksanakan oleh Pengarah Dr. Wu Chien-Liang dari Jabatan Oftalmologi Hospital Wan Fang Taipei dan “Sistem Laser Femtosecond LENSAR” yang diimport masuk oleh Hospital Wan Fang Taipei, kedua-dua teknik tersebut melibatkan luka pembedahan yang kecil, tidak memerlukan jahitan dan dapat pulih dengan cepat. Oleh demikian, kami dapat memberikan rawatan yang lebih selamat dan tepat kepada pesakit serta membawa kepada mereka penglihatan baru yang lebih jelas.

Pakar perubatan

Taipei Municipal Wanfang Hospital

吳建良 Chien-Liang Wu

Pengenalan pengalaman pakar

Penerangan Perubatan Khusus

“Pembedahan Phaco Emulsifikasi Ultrasonik tanpa jahitan dan tanpa rasa sakit” menggunakan ultrasonik untuk melembutkan kekeluhan lensa dan kemudian mengeluarkan serpihan kecil yang diuraikan dengan probe. Berbanding dengan penyingkiran lensa ekstrapsapsular tradisional yang memerlukan sayatan selebar 1cm hingga 2cm untuk mengeluarkan bahagian lensa yang keruh, pembedahan phaco emulsifikasi tidak memerlukan jahitan kerana luka pembedahan yang kecil. Justeru itu pembedahan ini bukan sahaja  tidak akan menimbulkan kesan negatif seperti penglihatan kabur, tetapi juga dapat menyelesaikan dengan cepat masalah penglihatan pesakit yang disebabkan oleh katarak.

  • Sekaligus menyelesaikan masalah Miopia tinggi dan katarak
  • Saiz luka kecil, tidak perlu masuk wad dan tempoh penyembuhan pendek.
  • Titik mata anestesia diaplikasikan di sekitar mata atau pada bahagian tertentu, komplikasinya sangat rendah.
置頂