Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .

  Rawatan Khusus
Rawatan Khusus

Artroplasti Lutut dengan Bantuan Lengan Robotik (MAKOplasty®))

Sistem artroplasti sendi lutut MAKOplasty (navigasi dengan bantuan lengan robotik) diaplikasikan sejak tahun 2017. Pasukan pakar ortopedik kami terdiri daripada lima orang doktor yang mahir dalam pelbagai pembedahan tulang belakang, termasuk tulang belakang serviks, toraks dan lumbar.

Pakar perubatan

Shuang Ho Hospital

翁佩韋 Pei-Wei Weng

Pengenalan pengalaman pakar

Penerangan Perubatan Khusus

Rawatan pembedahan ortipedik yang paling diketahui umum ialah penggantian sendi prostesis, yang boleh dibahagikan kepada "artroplasti seluruh sendi lutut tradisional" dan " artroplasti separa sendi lutut dengan bantuan navagasi lengan robotik”. Perbezaan yang terbesar antara dua rawatan tersebut adalah sama ada mengekalkan tulang rawan dan ligament yang sihat atau tidak.

  Sendi lutut boleh dibahagikan kepada tiga permukaan artikular. Artroplasti seluruh snedi lutut diperlukan hanya jika pesakit  mengalami lebih daripada dua kehausan permukaan artikular. Namum, sering didapati bahawa artroplasti separa sugah mampu mencapai tujuan rawatan.

Artroplasti Sendi dengan Bantuan Lengan Robotik (MAKOplasty®) menggabungkan pengimejan stereo 3D, teknologi navigasi komputer dan lengan robotik bagi membantu penyingkiran tulang dan penggantian sendi lutut yang tepat, serta mengurangkan kecederaan ligamen dan tisu lembut di sekitar sendi. Selain menggunakan tomografi berkomputer untuk menyesuaikan sendi lutut individu sebelum pembedahan, doktor juga menganalisis ketegangan ligamen dan menyesuaikan julat pergerakan pasca operasi, agar meminimumkan kesilapan pembedahan lengan robotik ke hanya 0.5-1.0mm dan kesilapan sudut juga kurang daripada 1 darjah. Berbanding dengan pembedahan tradisional, MAKOplasty® bukan sahaja meminimumkan kesilapan, malah mengekalkan 2/3 tulang rawan dan tisu ligamen yang sihat di permukaan artikular serta meningkatkan kestabilan sendi lutut dan keserasian penggunaan individu. Maka itu, pembedahan lengan robotik memiliki kelebihan iaitu ketepatan yang lebih tinggi berbanding pembedahan traditional, kawasan luka yang lebih kecil, dan kadar penyembuhan yang lebih cepat.


置頂