Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .

  Rawatan Khusus
Rawatan Khusus

Pengurusan Berat Badan

Berkenaan pelbagai masalah pengurusan berat badan yang merangkumi penyakit kronik akibat obesiti, diabetes dan sebagainya, kami membekalkan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan yang komprehensif seperti pembedahan bariatric, kursus pengurusan berat badan, pembentukan tubuh badan dan nasihat pemakanan serta rancangan pengurusan berat badan yang professional demi membawa kehidupan baru yang lebih sihat dan sejahtera kepada orang ramai.

Pakar perubatan

Taipei Medical University Hospital

王偉 Weu Wang

Pengenalan pengalaman pakar

Penerangan Perubatan Khusus

Pusat Pengurusan Berat Badan Komprehensif ditubuhkan pada tahun 2008. Pusat ini menyediakan perkhidmatan pengurusan berat badan dan rawatan obesiti secara sihat serta memformulasikan strategi rawatan yang disesuaikan mengikuti tahap obesiti berbeza. Dengan itu, setiap pelanggan dapat memiliki rancangan pengurusan berat badan individu, mengekalkan berat badan secara berkesan dan meningkatkan tahap kesihatan.

Perkhidmatan pusat ini merangkumi pembedahan bariatrik dan metabolik invasif minimum, pembedahan bariatrik dan metabolik robot bedah “Da Vinci”, rawatan perubatan obesiti dan rawatan insomnia, pelarasan tingkah laku dan nutrisi pemakanan, rawatan pembentukan susuk badan dan sebagainya. Justeru, pusat ini merupakan pusat pengurusan berat badan pertama di Taiwan yang memberi perkhidmatan pengurusan berat badan secara integrasi dan menyeluruh dengan konsep「All-in-one.

Kelebihan dan promosi kehasilan pengurusan berat badan pusat kami adalah seperti berikut:

1. Mengintegrasikan sumber-sumber Universiti Perubatan Taipei dan hospital gabungan dan memiliki pasukan profesional dan persekitaran pengajaran dan penyelidikan yang baik, merupakan hospital perlatihan pilihan utama untuk pembedahan bariatrik dan metabolik invasif minimum di Asia, pada masa yang sama juga merupakan pusat pencegahan dan penyelidikan obesiti.

2. “Kumpulan Rawatan Obesiti dan Pengurusan Berat Badan” telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2011 dan mengintegrasikan sumber-sumber antara jabatan perubatan demi meningkatkan kualiti pembedahan bariatrik dan metabolik.

3. Kehasilan promosi:
(1) Sejak tahun 2007 hingga tahun 2019, kadar kematian pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik adalah 0%.
(2) Mendapat pelbagai pengiktifaran, termasuk Pensijilan ICE dari Pusat Kecemerlangan Antarabangsa bagi Pembedahan Bariatrik (Februari 2012), Pengiktirafan Tanda Kualiti Kebangsaan SNQ (Disember 2012), Penilaian Pusat Kecemerlangan Antarabangsa bagi Pembedahan Bariatrik (Februari 2015), Pengiktirafan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan bagi Pembedahan Bariatrik dan Metabolik (2017) dan sebagainya.
置頂