Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .

  Rawatan Khusus
Rawatan Khusus

Pembedahan lengan robotik da Vinci

Penggabungan teknologi dan rawatan perubatan telah membentuk perkembangan pembedahan invasif minimum dengan bantuan robot. Menerusi bantuan lengan robotik, doktor dapat mencapai keluasan penglihatan yang paling baik, ketangkasan pergelangan tangan yang terbaik dan ketepatan pemotongan yang paling cekap, melakukan pembedahan yang kompleks dengan luka yang minimum.

Pakar perubatan

Shuang Ho Hospital

賴鴻政 Hung-Cheng Lai

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

陳冠州 Kuan-Chou Chen

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

江怡德 Yi-De Chiang

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

鄒凱亦 Kai-Yi Tzou

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

趙品植 Pin-Zhir Chao

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

陳聰明 Tsung-Ming Chen

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

蔡葵諺 Kuei-Yen Tsai

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

洪進昇 Chin-Sheng Hung

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

張東晟 Tung-Cheng Chang

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

郭光泰 Kuang-Tai Kuo

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

張統優 Tung-Yu, Tiong

Pengenalan pengalaman pakar

Penerangan Perubatan Khusus

Pembedahan robotik da Vinci dalam Jabatan Ginekologi

Kaedah pembedahan tradisional ginekologi akan meninggalkan luka yang besar dan ketara di bahagian abdomen. Kematangan prosedur pembedahan invasif minimum dan kemajuan dalam perkembangan lengan robotik telah membolehkan prosedur pembedahan memasuki era yang lebih teliti, dan meningkatkan kualiti kehidupan selepas pembedahan. Tahap kestabilan Lengan Robotik da Vinci sangat tinggi, malah bahagian penghujung lengan robotik yang melakukan pembedahan adalah kurang daripada 1cm, membolehkan lengan robotik ini memotong dan menjahit dalam ruangan yang sempit dengan stabil dan tepat dan mengurangkan pendarahan serta kerosakan pada tisu di sekitarnya.Dengan itu, pesakit juga dapat sembuh dengan cepat selepas menjalani pembedahan.

Di samping itu, Sistem Lengan Robotik da Vinci mengizinkan penglihatan yang jelas, mengurangkan kerosakan tisu di sekitarnya ketika proses pembedahan, membolehkan pembedahan dilakukan dengan lebih tepat. Lengan Robotik da Vinci boleh digunakan dalam kebanyakan pembedahan ginekologi, terutamanya kanser endometrium atau kanser serviks. Sekiranya saiz kanser ovari tidak terlalu besar, maka kanser ini boleh dikeluarkan terus dengan bantuan lengan robotik da Vinci. Luka pembedahan tradisional adalah amat besar dan diikuti tempoh penyembuhan panjang, dan mudah membawa kesan sampingan akibat masalah melekit.  Sekarang, lengan robotik da Vinci dapat mengatasi kekurangan pembedahan tradisional. Selain itu, robot pembedahan da Vinci juga bermanfaat kepada kebanyakan perawatan ketumbuhan benigna. Bagi fibroid dalam rahim yang lazim terjadi, terutamanya fibroid berganda atau fibroid yang tumbuh di lokasi yang kurang baik, penggunaan lengan robotik da Vinci dapat menceraikan fibroid dari rahim dan seterusnya menjalankan penjahitan, malah keadaan melekit dan rasa sakit juga bertambah baik dengan ketara setelah pembedahan.

■Pembedahan robotik da Vinci bagi reseksi ketumbuhan benigna

1. Fibroid rahim (fibroid benigna yang paling lazim terjadi)

2. Kista ovarium

3. Adenomiosis

4. Prolaps

5. Lekatan di bahagian pelvis

■ Pembedahan robotik da Vinci bagi reseksi ketumbuhan malignan

1. Adenokarsinoma endometrium (termasuk kanser endometrium dan adenokarsinoma endometrium yang merupakan kanser malignan yang paling biasa dijumpai)

2. Kanser ovari

3. Kanser serviks


Timbalan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Lai Hung-Cheng
Pembedahan robotik da Vinci dalam Pembedahan Am
Ketika menjalankan pembedahan am di bahagian abdomen, pembedahan laparoskopi digunakan pada bahagian seperti pundi hempedu, usus besar, usus buntu, perut, hati, pancreas dan tiroid. Sejak Hospital Shuang-Ho membawa masuk teknologi lengan robotik, kelenturan lengan robotik dan ketepatan sistem pengimejan membolehkan pencapaian ke dan pengurusan saraf dan saluran darah yang tidak dapat dilihat. Timbalan Pengarah hospital ini - Dr. Huang Ming-Te menyatakan bahawa, “Pembedahan Robot da Vinci Port Tunggal” ialah versi lanjutan daripada pembedahan da Vinci. Biasanya pembedahan robotik dengan pendekatan multiport melibatkan tiga insisi “lubang kunci” yang selebar 1cm masing-masing pada abdomen dan tiga lengan robotik yang melakukan pembedahan manakala “Pembedahan Robot da Vinci Port Tunggal” hanya melibatkan satu insisi “lubang kunci” yang membolehkan tiga lengan robotik beroperasi di dalam rongga perut tetapi tahap kesukarannya amat tinggi. Dari pembedahan terbuka tradisional dan laparoskopi sehingga pembedahan invasif minimum dengan bantuan lengan robotik, matlamat utamanya adalah untuk mengurangkan kesakitan pesakit selepas pembedahan, dengan harapan mencapai kualiti penjagaan yang lebih baik pada masa yang sama.

■Reseksi kolorektal dengan pembedahan da Vinci

1. Ketumbuhan atau kanser kolorektal

2. Penyakit divertikulum


■Pembedahan invasif minimum
1. Kanser payudara (pembedahan da Vinci)
■Reseksi hati dengan pembedahan robotik
1. Kanser hati

Pembedahan robotik da Vinci Otorhinolaringologi
Perubatan invasif minimum dengan pembedahan da Vinci: Menjalani pembedahan melalui insisi kecil dengan bantuan lengan robotik.Oleh sebab ketepatan gerakan robotik dapat mencapai pelbagai kelebihan seperti minimal invasif minimum yang meringankan risiko pembedahan, teknik ini boleh digunakan dalam perawatan kanser mulut, reseksi ketumbuhan hipofaring, penyakit tiroid dan pembedahan untuk masalah tidur.

■Pembedahan transoral robotik untuk membuang ketumbuhan pada orofaring
1. Ketumbuhan benigna atau malignan pada orofaring (tidak sesuai untuk pesakit yang tidak dapat membuka mulut akibat kontraksi oral)
■Pembedahan transoral robotik untuk apnea tidur
1. Pesakit yang mengalami apnea tidur sederhana atau teruk dan tidak selesa memakai alat pernafasan tekanan positif (tidak sesuai untuk mereka yang tidak dapat membuka mulut akibat kontraktsi oral)
Pengarah Jabatan Otorhinolaringologi, Dr. Chao Pin-Zhir dan Dr. Chen Tsung-Ming (dari kiri ke kanan)

Pembedahan robotik da Vinci dalam pembedahan abdomen
Pembedahan da Vinci (lengan robotik), digunakan terutamanya untuk merawat kanser paru-paru, kanser esofagus, penyakit thymus, dan sebagainya.
Pembedahan robotik da Vinci dalam Pembedahan Kolorektal
Disebabkan kesibukan berkerja dan struktur pemakanan rakyat yang semakin ala barat, jumlah penyakit kolorektal dan dubur semakin meningkat setiap tahun. Kanser kolorektal telah menjadi salah satu daripada sepuluh jenis kanser yang paling dihidap oleh rakyat tempatan. Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan bermutu tinggi kepada pesakit-pesakit kanser kolorektal, Jabatan Pembedahan Kolorektal Hospital Shuang-Ho menyediakan pelbagai pemeriksaan dan rawatan bagi penyakit kolorektal dan dubur.

■ Fokus pembangunan:

Reseksi kolorektal dengan pengekalan dubur

Pembedahan lengan robotik da Vinci

Endoskopi dengan pendekatan insisi tunggal atau Pembedahan lengan robotik da Vinci

Reseksi kolorektal laparoskopi

Pembedahan buasir dan fistula invasif minimum

Kolonoskopi dan rawatan

■ Fasiliti perubatan:

1. Fasiliti prosedur endoskopi

2. Fasiliti lengan robotik pembedahan da Vinci

3. Alat pemeriksaan untuk mengukur tekanan anorektal

■ Kandungan operasi:

1. Penyakit dubur: buasir, fistula dubur, abses dubur, fisur dubur, stenosis dubur, inkontinensia dubur, dan sebagainya.

2. Penyakit kolorektal: ketumbuhan kolorektal benigna atau malignan, abses anorektal, penyakit radang usus, fistula rektovaginal dan sebagainya.

■ Reseksi kolorektal dengan lengan robotik pembedahan da Vinci
Pembedahan lengan robotik da Vinci adalah dengan menggunakan sistem pengimejan untuk mengawal pergerakan lengan robotik dan seterusnya melakukan pembedahan di rongga perut.  Sistem pengimejan tersebut ialah sistem pengimejan stereo 3D yang dapat menghasilkan pengimejan yang lebih jelas berbanding dengan pengimejan laparoskopi tradisional. Di samping itu, jarak pergerakan lengan robotik juga cukup fleksibel dan dapat melakukan pemutaran sehingga 540 darjah.

Lengan robotik tidak akan mengalami kegetaran, justeru amat sesuai untuk melakukan prosedur pembedahan dalam ruang yang kecil, seperti dalam pelvis dan reseksi rectum serta pembedahan reseksi nodus limfa yang berskala besar.

 

 Bagi pembedahan reseksi anterior rendah, penggabungan antara lengan robotik da Vinci dengan reseksi trans-anal untuk memotong kolorektal secara invasif minimum sementara mengekalkan dubur, akan dapat mencapai hasil pembedahan yang lebih berkesan.

Pembedahan da Vinci dalam Jabatan Kardiologi
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Jabatan Pembedahan Kardiovaskular Hospital Shuang-Ho telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2008. Pengarah pertama jabatan ini ialah Dr. Hu Po-Yuan, manakala doktor yang pernah menyertai pasukan perubatan di jabatan ini termasuk Dr. Lin Jun-Hua, Dr. Weng Chi-Feng dan Dr. Lee Chung-Yi.

 

 Sejak pembedahan jantung pertama dilakukan pada 12 Februari 2009, jabatan ini telah melakukan lebih 700 kes pembedahan jantung sehingga akhir tahun 2017. Jumlah pelbagai jenis pembedahan vaskular yang telah dilakukan juga melebihi 8000 kes. Pada masa ini, anggota pasukan perubatan jabatan ini termasuk Pengarah Dr. Lin Cheng-Hsin, Dr. Ko Yu-Chen, Perfusionist Fu Zi Ying dan Liang Mei Ling, serta Pengamal Jururawat Gao Yu Chun dan Hong Jia Ling.

Jabatan perubatan ini bekerjasama rapat dengan kepakaran lain yang berkaitan dengan bidang kardiovaskular dan bersungguh-sungguh menyediakan rawatan perubatan holistik untuk pesakit kardiovaskular. Perkhidmatan yang sedia ada termasuk pembedahan vaskular untuk hemodialisis, pembedahan untuk penyakit arteri periferal, rawatan vena varikos dengan pendekatan bersepadu, pembedahan aorta dan penempatan stent, penggantian dan pembaikan injap, pembedahan pintasan arteri koronari dengan jantung berdegup, pembedahan kardiologi invasif minimum dengan bantuan lengan robotik da Vinci, rawatan pembedahan untuk kegagalan jantung dan lain-lain, dengan tujuan untuk menjaga kesihatan jantung dan saluran darah pesakit di kawasan Yunghe, Taiwan.

Pembedahan da Vinci dalam Jabatan Urologi

Teknologi diciptakan untuk memenuhi keperluan manusia. Teknologi pembedahan juga terus berkembang menuju ke arah mencapai insisi yang lebih kecil dan teliti. Lengan robotik da Vinci mempunyai tahap kejituan dan kestabilan yang tidak dapat ditandingi tangan manusia. Alat unik ini yang mempunyai 7 jenis kawalan kebebasan dan putaran yang fleksibel sehingga 540 darjah, dapat meniru tangan manusia untuk melakukan pergerakan memutar, mencengkam dan menjepit.Dengan itu, alat  ini dapat melakukan pembedahan di dalam kawasan yang sempit atau pembedahan yang memerlukan kemahiran menjahit yang tinggi, maka kualiti dan hasil pembedahan juga lebih baik jika berbanding dengan laparoskopi tradisional.

 

 Pembedahan yang dilakukan dengan bantuan lengan robotik dapat mengurangkan kerosakan terhadap tisu di sekitarnya, mengurangkan pendarahan, mengurangkan keluasan luka, memendekkan tempoh pembedahan, dan pesakit akan dapat sembuh dengan lebih cepat selepas pembedahan.

Jabatan Urologi di Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Hospital Shuang-Ho sangat berpengalaman dalam pembedahan lengan robotik da Vinci. Sejak tahun 2014, jumlah kes penyakit urologi yang dirawat oleh pasukan perubatan jabatan ini telah melebihi seratus kes. Antara rawatan yang dilakukan termasuklah prostatektomi radikal, nefrektomi separa, nefroureterektomi, sistektomi radikal bergabung dengan pembinaan semula pundi kencing dengan pundi kencing buatan, pembedahan da Vinci port tunggal, pembinaan semula dan litotomi pelvis renal, adrenalektomi dan rawatan lain-lain yang memerlukan ketelitian yang tinggi.

 

 Selain itu, pasukan perubatan Jabatan Urologi Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Hospital Shuang-Ho mempunyai kemahiran yang matang dalam pembedahan da Vinci port tunggal dan hal ini dikatakan merupakan satu berita baik bagi pesakit. 

Pembedahan Lengan Robotik Da Vinci

1. Kanser prostat

2. Ketumbuhan ureter

Dr. Chen Kuan-Chou (Pengarah Jabatan Urologi), Dr. Chiang Yi-De, dan Dr. Tzou Kai-Yi (dari kiri ke kanan)

置頂