Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .

  Rawatan Khusus
Rawatan Khusus

ExAblate (Resonansi Magnetik Navigasi Ultrasonik Fokus)

Pasukan rawatan diskinesia ditubuhkan pada tahun 2019 dan terdiri daripada pakar neurologi dan pakar bedah neurosurgeri.

Pakar perubatan

Shuang Ho Hospital

洪千岱 Chien-Tai Hong

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

柯子翔 Tzu-Hsiang Ko

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

羅偉倫 Wei-Lun Lo

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

林明錦 Ming-Chin Lin

Pengenalan pengalaman pakar

Penerangan Perubatan Khusus

Walaupun sebilangan orang mempunyai anggota badan yang sempurna, tetapi masalah getaran mengakibatkan mereka tidak dapat berdikari dalam kehidupan harian. Mereka akan mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti kehidupan harian asas, seperti mengepit sayur dengan penyepit, menuang air, memicit ubat gigi dan menggosok gigi,  apatah lagi bekerja. Masalah kegeletaran mereka juga mengakibatkan beban ekonomik keluarga, susah mencari rezeki, malahan aktiviti sosial turut terjejas.

Pada masa ini, Jabatan Kesihatan dan Kesejahteraan Hospital Shuang-Ho telah menerima seorang pesakit, Encik Wen yang berusia 42 tahun. Tangannya menggeletar dengan tidak terkawal dan menjejaskan aktiviti seharian, pekerjaan dan kehidupan sosialnya. Setelah menjalani penilaian dan pemeriksaan neurologi, dia didiagnosis dengan penyakit tremor esensial. Dengan cadangan pasukan perubatan Hospital Shuang-Ho dan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, dia telah menjalani terapi ExAblate (Resonansi Magnetik Navagasi Ultrasonik Fokus). Rawatan ini yang dilaksanakan dengan tepat dan tanpa invasif,tidak perlu menanam elektrod dan bateri dalam otak pesakit. Dengan itu, pesakit tidak akan mengalami komplikasi seperti jangkitan dan pendarahan serebrum. Prosedur tersebut dilakukan sekaligus dengan bantuan sistem navigasi MRI, semasa pesakit terjaga tanpa anestesia.

Pakar neurologi, Dr. Hong Chien-Tai dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Hospital Shuang-Ho menjelaskan bahawa penyakit tremor esensial adalah akibat degenerasi sel saraf dan menyebabkan kegetaran secara berterusan di berbagai bahagian tubuh badan. Penyakit tremor esensial tiada punca penyakit yang jelas dik dan biasanya dihidapi warga emas, tetapi penyakit ini juga boleh berlaku tanpa mengira usia. Lebih daripada separuh pesakit tremor esensial mempunyai sejarah keluarga keturunan penyakit dan dianggarkan kira-kira 400 ribu orang di Taiwan mengalami masalah begini, manakala kira-kira 100 ribu orang daripadanya terpaksa menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian akibat simptom yang serius. Oleh sebab getaran, mereka tidak dapat memegang pen dengan betul semasa menulis, menumpahkan air ketika memegang cawan, menghadapi cabaran yang besar ketika melakukan aktiviti yang memerlukan ketelitian, seperti membuka pintu dengan kunci.

Rawatan tradisional penyakit tremor esensial adalah dengan penggunaan ubat-ubatan terlebih dahulu. Sekiranya simpton tidak terkawal, maka rawatan lebih lanjut dengan pembedahan diperlukan. Pakar neurologi, Dr. Lo Wei Lun dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Hospital Shuang-Ho mengatakan bahawa kedua-dua prosedur pembedahan tradisional seperti thalamotomi (Thalamotomy) atau pasangan stimulasi dalam otak (DBS) perlu menjalani kraniotomi dan memasukkan jarum puntul yang dikhaskan untuk prosedur elektrokauter ke dalam thalamus otak untuk membakar atau menanam cip yang dikhas untuk rangsangan elektrik untuk melakukan rangsangan elektrik yang berterusan. Ramai pesakit teragak-agak kerana berasa gelisa dengan idea kraniotomi dan risiko pemasangan elekktrod di dalam badan.


Berbanding dengan pembedahan tradisional yang invasif, ExAblate – “Resonansi Magnetik Bedah Ultrasonik Terfokus”merupakan rawatan yang bukan invasif. Dr. Hong Chien-Tai menekankan bahawa pembedahan ini menggunakan lebih daripada 1000 probe ultrasonik untuk menumpukan tenaga ultrasonik pada thalamus dan mamanaskan kawasan otak lokal demi mewujudkan nekrosis dengan dan mutuskan rangkaian saraf yang menyebabkan getaran. Prosedur ini dilakukan tanpa anestesia dan tidak perlu membuka tengkorak. MRI mampu menujukan tenaga elektrod secara tepat ke nukleus saraf sasaran (panjang dan lebar kira-kira 2 mm) ketika proses pembedahan, dan merawat getaran dengan serta-merta. Pada masa yang akan datang, pembedahan ini akan menjadi rawatan utama yang menggantikan kraniotomi.


Encik Wen yang disebut tadi memberitahu bahawa dia pernah bekerja sebagai juruteknik penyelenggaraan permainan video, tetapi penyakit tremor esensial yang tiba-tiba menyerang pada usia 35 tahun telah mengubah kehidupannya yang asalnya berwarna-warni menjadi hitam putih. Rawatan perubatan amat berkesan pada peringkat awal penyakit dikesan, masalah getaran dapat dikawal dengan elok. Selepas 2 tahun, masalah tersebut sudah tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan malahan menjadi semakin serius. Berhadapan dengan situasi ini, dia tidak dapat makan bersama ahli keluarga dan kawan-kawan dengan normal, gagal mencari pekerjaan, dan aktiviti sosialnya terjejas. Masalah ini juga mempengaruhi psikologinya sehingga dia berasa putus asa dan hilang harapan terhadap kehidupan. Selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan rapi seperti ujian menulis,ujian menuang air, ujian melukis carta lingkaran dan sebagainya di Hospital Shuang-Ho bawah Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, pasukan perubatan hospital tersebut menggunakan teknologi ExAblate dan berjaya memperbaiki kualiti kehidupannya serta mengembalikan keyakinan diri Encik Wen. 
置頂