Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .

  Rawatan Khusus
Rawatan Khusus

Lengan robotik ROSA Spine

Lengan robotik ROSA Spine ialah lengan robotik yang mempunyai sistem navigasi intraoperatif yang dikembangkan oleh syarikat di Perancis. Fungsi utamanya adalah untuk menentukan lokasi yang diperlukan oleh pakar bedah secara tepat ketika pembedahan tulang belakang, terutamanya di kawasan yang tidak dapat dilihat secara langsung dengan mata kasar. Lengan robotik mampu menavigasi ke tapak pembedahan dengan tepat, dan bergabung dengan pelbagai fiksator yang mempunyai fungsi-fungsi berlainan di bahagian depan lengan robotik, akan dapat membantu pakar bedah dalam melengkapkan pembedahan tulang belakang dengan tepat dan selamat.

 


Sebelum ini, sistem navigasi tradisional tidak mampu mengatasi masalah pergerakan tubuh badan pesakit ketika pembedahan tulang belakang atas sebab pernafasan. Lengan robotik ROSA Spine mempunyai sistem maklum balas segera yang dapat mengesan perubahan lokasi tubuh badan pesakit yang disebabkan pernafasan supaya mencapai tahap keselamatan dan ketepatan yang tinggi.

Pakar perubatan

Shuang Ho Hospital

林家瑋 Jia-Wei Lin

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

林乾閔 Chien-Min Lin

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

劉恆維 Heng-Wei Liu

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

蘇鈺凱 Yu-Kai Su

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

羅偉倫 Wei-Lun Lo

Pengenalan pengalaman pakar

Shuang Ho Hospital

林明錦 Ming-Chin Lin

Pengenalan pengalaman pakar

Penerangan Perubatan Khusus

Pesakit mana yang sesuai menggunakan lengan robotik ROSA Spine?
Teknik ini boleh digunakan oleh pesakit yang memerlukan penyisipan skru di bahagian tulang belakang lumbar setelah dibuat penilaian doktor. Buat masa sekarang, lengan robotik ROSA Spine sering digunakan dalam pembedahan tulang belakang lumbar yang perlu penyisipan skru. Pakar bedah akan menggunakan ROSA Spine untuk mengira lokasi penyisipan skru yang paling sesuai dengan merujuk kepada imej-imej masa nyata yang dihasilkan oleh O-lengan. Seterusnya, lengan robotic ROSA Spine akan menentukan lokasi penyisipan skru supaya pakar bedah menyisip skru dengan tepat.
Betapa tepatnya lengan robotik ROSA Spine?
Nilai ralat lengan robotik tulang ROSA Spine  berada di bawah 0.2mm (0.02cm) dengan kadar ketepatannya amat  tinggi. sekiranya didapati mempunyai nilai ralat yang lebih tinggi, lengan robotik ROSA Spine akan berhenti secara automatik dan membuat penentukuran semula.
Apakah manfaat penggunaan lengan robotik ROSA Spine?
Kadar ketepatan dan keselamatan yang tinggi, terutamanya dapat meningkatkan keselamatan pembedahan bagi pesakit yang mengalami degenerasi tulang belakang lumbar atau skoliosis yang teruk.

Bolehkah tulang belakang serviks menggunakan lengan robotik ROSA Spine?
Buat masa sekarang, teknik ini lebih digunakan dalam pembedahan tulang belakang lumbar
置頂