Kami menggunakan analisis kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan terus menggunakan laman web rasmi kami, anda mengesahkan dan menyetujui dasar perlindungan privasi kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dasar perlindungan privasi, lihat dasar perlindungan privasi .

  Rawatan Khusus
Rawatan Khusus

Perubatan Reproduktif

Pusat Perubatan Reproduktif kami memiliki doktor yang cemerlang, pakar perundingan jururawat yang profesional dan juruteknik makmal perubatan yang berpengalaman. Pusat ini berterusan menjalankan penyelidikan dan membangunkan teknologi baru untuk membekalkan teknik pembedahan berkualiti tinggi kepada wanita yang mengalami masalah kemandulan dan mencapai hasil rawatan yang terbaik. Dengan lebih daripada 2,000 kitaran rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) setiap tahun dan kadar kejayaan setinggi 40%, pusat kami merupakan peneraju pusat perubatan reproduktif di Taiwan. Perkhidmatan profesional di pusat ini termasuk Penyaringan dan Diagnosis Genetis Pra-implantasi (PGS/PGD), pembekuan sperma dan sel telur, teknologi bantuan pembiakan, persenyawaan in-vitro (IVF), pembedahan dan rawatan bagi endometriosis.

Pakar perubatan

Taipei Medical University Hospital

陳啟煌 Chi-Huang Chen

Pengenalan pengalaman pakar

Penerangan Perubatan Khusus

Pusat Perubatan Reproduktif di hospital gabungan Universiti Perubatan Taipei yang ditubuhkan pada tahun 1991, mengaplikasikan teknologi perubatan reproduktif yang canggih bagi membantu pasangan suami isteri yang mandul mendapatkan zuriat. Dengan kualiti perkhidmatan yang baik, doktor dan juruteknik makmal perubatan yang cemerlang dan perkembangan kadar kejayaan IVF yang stabil, pusat kami telah mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang kemandulan di dalam negara termasuk kelahiran bayi IVF pertama di hospital kami pada tahun 1991, hospital pertama di Taiwan yang berjaya membantu wanita mengandung dengan menggunakan teknik pengekstrakan sperma dari epididymis pada tahun 1993, kelahiran bayi suntikan sperma intra-cytoplasmic (ICSI)  pertama di hospital gabungan Universiti Perubatan Taipei pada tahun 1995, dan kes kehamilan pertama hasil prosedur Pemindahan Embrio Beku (FET) pada tahun 1996. Pada tahun 1999, pusat kami menjadi pusat perubatan reproduktif domestik pertama yang melepasi ISO 9002 Health Mark. Pada tahun yang sama, kami juga menerima Anugerah Emas bagi Kualiti Hidup dan Penjagaan Kesihatan Negara tahun 1999.


Pusat kami mempunyai doktor yang cemerlang, pakar perundingan jururawat yang profesional dan juruteknik makmal perubatan yang berpengalaman. Kami berterusan menjalankan penyelidikan dan membangunkan teknologi baru untuk membekalkan teknik pembedahan yang berkualiti tinggi kepada wanita yang mengalami masalah kemandulan dan mencapai hasil rawatan yang terbaik. Dengan lebih daripada 2,000 kitaran rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) setiap tahun dan kadar kejayaan setinggi 50%,  pusat kami merupakan peneraju perubatan reproduktif di Taiwan, serta memperolehi pengiktirafan Simbol Kualiti Negara SNQ pada tahun 2016, dan telah mendapat perakuan sekali lagi dalam penilaian pembaharuan Simbol Kualiti Negara SNQ pada tahun 2017. Pusat Perubatan Reproduktif di hospital gabungan Universiti Perubatan Taipei memiliki pasukan pakar perubatan yang terbaik dan teknologi bioperubatan yang berkualiti tinggi, maka anda boleh bebas daripada sebarang keraguan terhadap keselamatan dan kualiti perkhidmatan kami.
置頂